Friday, February 18, 2011

Pilihan kebijaksanaan


Pilihan kebijaksanaan untuk korang, pandai2lah korang nak tempatkan diri sendiri tu kat mana…

1. Kebijaksanaan lisan
Bagus didalam menerangkan sesuatu, Gemar menulis dan membaca.Meletakkan keutamaan di dalam perkara2 yang bertulis atau lisan. Juga gemar kepada perkataanbergambar, frasa2 kreatif, perkataan baru dan sebagainya. Minat untuk menambah perbendaharaan kata. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada diri sendiri adalah: Penulis, Novelis, Pelakon

2. Kebijaksanaan visual/artistik
Gunakan carta dan simbol untuk menekan sesuatu fakta. Dapat menggambarkan sesuatu dengan jelas di minda mereka. Boleh membayangkan sesuatu. Sukakan gambar dan suka mendemontrasi untuk memahami sesuatu. Bidang perniagaan yang berpotensi untuk korang adalah: Penerbit buku2 bergambar, Laman Web, Pengarah Sinematografi

3. Kebijaksanaan fizikal
Belajar dengan cara terbaik melalui perbuatan.mahukan sesuatu secara praktikal didalam melakukan sesuatu. Merasakan perlu mempelajari sesuatu bergerak. Kegemaran masa lapang selalunya adalah aktiviti2 gerak kerja. Bidang yang berpotensi untuk korang adalah: Ahli penghibur (silap mata, stunt, koreografer)

4. Kebijaksanaan muzikal
Dapat menghafal nada dan lirik dengan mudah. Menggunakan muzik sebagai cara mengingati sesuatu. Mempunyai deria semulajadi kepada tempo dan masa. terhibur dengan semua jenis bunyi. Cepat peka kepada sebarang bunyi. Seperti sedia maklum korang dah pun mengagak bidang perniagaan yang berpotensi kepada kebijaksanaan ini adalah: Komposer lagu, Penyanyi

5. Kebijaksanaan matematikal dan logikal
Kegemaran untuk membuat sesuatu perkara mngikut peraturan dan mengikut tertib. Menyusun sesuatu perkara mengikut aturan yang logik. Mencari dan menghubungkaitkan diantara sesuatu benda. Mahir di dalam membuat penganalisaan, pengiraan,perancangan. Fikirkan satu2 perkara agar dapat difahami. Bercakap mengikut susunan: ” Pertama… Kedua… dan ketiga…” Bidang perniagaan yang berpotensi kepada korang adalah: Usahawan perisian komputer,Usahawan kejuruteraan

6. Kebijaksanaan diri Dalaman
Gemar masa yang sunyi dan menyendiri untuk berfikir. Memahami diri sendiri dan sebab2 di dalam melakukan sesuatu perkara.Kegemaran berangan-angan akan sesuatu idea danmengembara perasaan dalaman diri sendiri. Bidang yang berpotensi kepada korang adalah: Ahli falsafah, Psikologi, Penyajak

7. Kebijaksanaan pergaulan (Interpersonal)
Bijak apabila bersama dengan orang ramai. Kebolehan berunding dengan semua orang. Tahu apa yang hendak dilakukan apabila berhubung denga orang yang sensetif dengan orang lain. Suka membuat ramai kawan, berpasukan, bermasyarakat dan acara2 sosial. Bidang yang berpotensi untuk korang adalah: Pengacara TV popular (contoh:Aznil Nawawi), Pakar perunding

0 comments:

Post a Comment